Setiap sesuatu pekerjaan itu boleh menjadi satu ibadah sekiranya ia menepati syarat-syarat berikut:
1. Pekerjaan itu dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t semata-mata. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Setiap sesuatu pekerjaan itu mestilah dimulakan dengan niat.
2. Tidak menjalankan pekerjaan yang tidak dihalalkan oleh Allah s.w.t seperti menjual arak, kedai judi, tempat pelacuran, menjual vcd lucah dan sebagainya.
3. Tidak melakukan perkara-perkara maksiat semasa bekerja seperti tidak menutup aurat, berdua-duaan dengan bukan mahram dan lain-lain lagi.
4. Tidak meninggalkan perkara-perkara yang telah difardhukan oleh Allah s.w.t seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya.
5. Mestilah melakukan pekerjaan itu dengan tekun dan bersungguh-sungguh sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan, maka ia lakukannya dengan bersungguh-sungguh.